1. Jibril/Jibrail tugasnya menyampaikan wahyu kepada
Nabi2 dan Rasul2 Allah. Jika korang perasan, korang akan ingat tentang
Jibrail bila wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira’.
Betul tak?
2. Mikail – menurun rezeki dan menurunkan rezeki.
Jadi, sekarang korang tahu malaikat mana yang menjalankan tugas
menurunkan rezeki dan hujan.
3. Israfil – meniup sangkakala bila hari hendak
Kiamat. Ini antara salah satu tugas yang sangat ditakuti oleh ramai
orang. Bila malaikat Israfil menyiup sangkakala, ini menandakan hari
kiamat bakal tiba..
4. Izrail – mencabut/mengambil nyawa (malaikat
maut). Malaikat nilah yang akan mengambil nyawa kita bila masa kita dah
tiba untuk pergi dari dunia ini.
5. Munkar dan
6. Nakir – menyoal mayat dalam kubur. Sebaik sahaja
orang hidup meninggalkan kubur yang baru ditanam sejauh 7 langkah, lalu
datanglah malaikat berdua ini. Kalau korang banyak buat jahat,
pandai-pandailah jawab dalam kubur nanti ekk..
7. Raqib – menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan).
8. Atid – menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa
kita di dunia ini (duduk dibahu kiri). Dua malaikat ni sentiasa bersama
kita. Cuma kita selalu lupa akan mereka. Percayalah, mereka sentiasa
tidak jemu menulis setiap amal kebaikan dan kejahatan kita didunia ni.
Jadi, jangan buat jahat dan buat amal yang baik selalu.
9. Ridwan – menjaga pintu syurga. Rasa-rasanya ramai
orang namakan anak mereka dengan nama riduan. Mungkin sebab teringat
akan nama malaikat Ridhuan. Mungkin dengan harapan, anak mereka menjadi
seorang yang baik.
10. Malik – menjaga pintu neraka. Malaikat ni,
korang takkan jumpa kalau korang tak masuk neraka. Dan wajah malaikat
Malek sangat menakutkan ahli-ahli neraka.
0 komentar:
Post a Comment
Dilarang spam saat komentar yaa..